Khamis , 05/08/2010 – Kementerian Keselamatan Lebanon menahan salah seorang pegawai di perusahaan Ojero yang bertanggung jawab dalam perhubungan antarabangsa. Beliau ditangkap sewaktu sedang berhubung dengan pihak Mossad. Bukti menunjukkan bahawa beliau bekerja dengan pihak perisikan tersebut sejak beberapa tahun lalu. Telefon yang beliau gunakan juga mempunyai jaringan dengan pihak Mossad.
Akhbar Al-Safir Lebanon, terbitan Isnin (2/8) menyiarkan berkenaan pihak keselamatan Lebanon sedang berbincang berkaitan pelanggaran yang dilakukan oleh perisik Israel terhadap jaringan maklumat Lebanon serta pengaruhnya terhadap informasi antarabangsa. Penangkapan ini merupakan kejayaan gemilang bahagian perisikan Lebanon dengan tertangkapnya Miladi (66 tahun) seorang pegawai di perusahaan Ojero.
sumber : COMES
penterjemah : osman