Khamis , 05/08/2010 – Pertempuran tercetus hari ini di antara tentera rejim Israel dan tentera Lubnan berdekatan sempadan utara kawasan yang diceroboh pada tahun 1948. Akhbar bahasa Hebrew, “Yediot Ahronot” menyatakan, sebuah roket jatuh di kawasan Upper Galilee sewaktu pertempuran berlaku. Pengeboman tersebut mengakibatkan kecederaan pada dua warga Lubnan setakat ini.
Menurut laporan pihak keselamatan Lubnan, pertempuran tersebut bermula apabila peronda Israel menceroboh pekan Upper Galilee dan tentera Lubnan bertindakbalas dengan melepaskan tembakan.
Sumber yang sama juga menambah bahawa tentera rejim Israel memecah masuk dua buah rumah dan kawasan-kawasan milik tentera Lubnan berdekatan sempadan seterusnya menyebabkan kecederaan seorang tentera Lubnan dan seorang orang awam. Manakala Manar TV memetik sumber daripada pihak keselamatan Lubnan yang menyebut bahawa pihak tentera Lubnan membalas serangan tentera rejim Israel yang meletakkan penembak-penembak di Jalan Al Odeiseh.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nuridawati
4 replies on “Pertempuran Antara Tentera Lubnan dan Tentera Israel”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7136 // This entry was posted on Thursday, August 5th, 2010 at 2:32 am and is filed under […]
sarang tebuan jangan dijolok,orang islam dah lama bersabar.
islam kuat dr dalam bkn pd senjata!!!! Allah sentiasa bersama pejuang2 islam..!
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7136 TAGS: israel, lubnan This entry was posted on Thursday, August 5th, 2010 at 2:32 am and […]