Categories
Berita Semasa

Al Qassam Nafi Lancar Serangan Roket Ke Umm Rasyrasy

Isnin ,  09/08/2010 – Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menegaskan bahawa pihaknya tidak ada kaitan dengan serangan roket terhadap kota Umm Rasyrasy (Eilat) beberapa hari lalu. Ini kerana wilayah operasi Batalion Al-Qassam hanya di dalam Palestin.

Jurucakap, Al-Qassam, Abu Ubaidah menegaskan dalam laman web rasminya semalam Khamis (5/8) bahawa pihaknya menyambut semua aksi perjuangan menyerang Israel sama ada dari Palestin atau selainnya. Namun pihaknya mengambil sikap untuk tidak menggunakan mana-mana negara Arab sebagai tapak pelancaran operasi ketenteraan. “Batas wilayah operasi kita di Palestin bersejarah”. tegasnya.

Menjawab dakwaan PM Israel Benjamin Netanyahu bahawa Batalion Al-Qassam dalang serangan roket ke kota Umm Rasyrasy (bandar Palestin yang dirampas Israel dan diberi nama Eilat), beliau menegaskan bahawa Al-Qassam tidak takut mengumumkan operasi yang dilancarkan secara terang-terangan.

sumber : COMES
penterjemah : osman