Isnin , 09/08/2010 – Penduduk Israel membakar kawasan pertanian di sebelah timur Bandar Hebron, Tebing Barat pada hari Khamis.
Saksi mata mengatakan, penduduk Israel menyebabkan kebakaran pada kawasan tanaman anggur tersebut sebagai tanda protes terhadap rejim Zionis kerana memindahkan mereka dari kawasan yang telah mereka rampas dua minggu lalu. Sumber yang sama menambah bahawa pertelingkahan berlaku antara para penduduk dan rejim Zionis yang mengakibatkan penahanan beberapa penduduk serta pemindahan mereka dari kawasan terbabit.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati