Categories
Berita Semasa

Abbas Setuju Memperlahankan Suara Azan

Selasa , 10/08/2010 – Akhbar Yedeot Aharonot menyiarkan berita berkenaan tindakan kementerian Wakaf kerajaan Abbas yang menerima permintaan Zionis agar memperlahankan suara azan di Tebing Barat.

Dalam terbitan Ahad (8/8) akhbar tersebut menyiarkan berkenaan pegawai urusan sivil Entiti Zionis yang diketuai, Yuve Mardakhoi, dalam beberapa hari terakhir telah melakukan pertemuan dengan beberapa orang menteri kerajaan Abbas.Sumber tersebut menambah, pihak pemerintah Israel telah berjaya mencapai kesepakatan untuk memperlahankan suara azan di Tebing Barat. Kesepakatan tersebut sudah direalisasikan di beberapa bandar dan penempatan di Tebing Barat. Kesepakatan ini meliputi memperlahankan suara azan, mengurangkan bilangan masjid yang boleh mengadakan solat jumaat, mengurangkan jumlah masjid yang boleh melakukan panggilan azan disamping menyekat pelaksanaan solat Jumaat dengan hanya boleh dilaksanakan di satu masjid pada setiap daerah.

Ketua jawatankuasa penempatan Israel, Istzak Shadami menyatakan, langkah tersebut sangat penting dan ia sudah dimulakan di wilayah mereka. Sementara itu, kerjasama keamanan terus berlangsung dan giat diusahakan antara pemerintahan Abbas dengan pihak keamanan Zionis termasuk menangkap para aktivis masjid dan Hamas serta para muazin dan orang-orang soleh.

sumber : COMES
penterjemah : osman

8 replies on “Abbas Setuju Memperlahankan Suara Azan”

Assalamualaikum,

Hmm, setuju kalau azan dieprlahankan ( mungkin mengganggu penduduk agama lain ), tapi x setuju dengan pengurangan bilangan masjid yg boleh solat jumaat, etc.

Assalamualaikum,
kepada saudara hazique
Allah panggilm kita kat dunia ni 3 kali je
1)panggilan haji
2)panggilan maut
3)panggilan azan
so pada saya x patut diperlahankan suara azan kerana Palastine adalah sebuah negara Islam and why we must bow to illegal country that want to hapuskan Islam dari muka bumi ni

setuju dgn adlina.

kenape perlu ikut semua kemahuan rejim zionis sedangkan kita tahu israel setiap hari membunuh umat islam di Palestin dan sentiasa dilindungi sekutunya amerika seperti kes bantuan flotilla baru ini…. seakan-akan tidak ada undang2 untuk israel…

maka sebab itu umat Islam tidak perlu ikut kehendak israel laknatullah…

tindakan mahmoud abbas semmemangnya tidak boleh diterima pakai kerana sentiasa berlembut dgn israel…

abas mmg sekutu israel pun….. mesti le dia sokong… rase cm nk bunuh je abas ni.. diaorang ni takut org islam solat jemaah…ketar lutut diaorg..

kita ni org Islam, patut merasa i’zzah dengan agama kta sendiri.
tanah palestin tu tanah org Islam selamanya hingga hari kiamat setelah khalifah umar wakafkan untuk org Islam dahulu.

jadi, umat Islam harus lawan zionis dan org musyrik yang bersekongkol dengn zionis.

azan, laungkanlah selantangnya kerna Islam itu tinggi lagi meninggikan. Allahuakbar!

Setuju yg azan tak patut diperlahankan. Pemimpin palestin tak masuk Islam sepenuhnyer… tu yg takur ngan amaran Israel. Kaum yg tak di istiharkan tempat di muka bumi oleh Allah ialah Israel… Lupe ker?

haisssyy.. jahil nya manusia skrg nih.. tak sedar ke azan tu seruan dari ilahi.. prkara yg ptut org islam banggakn tapi depa stuju di pelankan laungannye.. tanda2 nk kiamat.. sigh..T_T

Comments are closed.