Categories
Berita Semasa

Krisis Bekalan Elektrik di Gaza Semakin Meruncing

Khamis , 12/08/2010 – Jamal Aldrdsawi, Pengarah Perhubungan Awam dan Media di syarikat pembekal tenaga elektrik Semenanjung Gaza hari ini mengatakan, sebuah penjana di stesen janakuasa akan beroperasi apabila sejumlah diesel telah dipam.

Aldrdsawi berkata di dalam satu temuramah, jumlah diesel yang dihantar semalam ialah 200,000 liter yang hanya cukup untuk menggerakkan penjana selama satu setengah hari. Beliau berharap, dengan pengepaman diesel secara berterusan kepada satu-satunya stesen janakuasa di Gaza itu, kehidupan di Gaza akan menjadi lebih baik. Aldrdsawi juga mengumumkan, pindaan dalam program pembekalan tenaga elektrik tersebut berupaya meningkatkan tempoh bekalan elektrik sebanyak 8 jam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati

3 replies on “Krisis Bekalan Elektrik di Gaza Semakin Meruncing”

tak guna tenaga solar ke, selain dari guna bahan api mentah? at least time2 macam ni, ada jugak alternatif lain untuk kemudahan penduduk gaza…

Comments are closed.