Categories
Berita Semasa

Libya Menyumbang Juadah Berbuka Puasa Untuk Gaza

Jumaat , 13/08/2010 – Yayasan Antarabangsa Kebajikan dan Pembangunan Gaddafi telah menandatangani perjanjian dengan agensi pelarian PBB: UNRWA. UNRWA merupakan sebuah institusi yang membantu keluarga-keluarga miskin di Gaza.

Perjanjian tersebut merangkumi penyediaan juadah dan masakan panas kepada 110,000 warga Gaza di Semenanjung Gaza yang sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Yayasan Gaddafi berjanji untuk meneruskan pemberian juadah berbuka puasa kepada UNRWA dan Gaza seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

One reply on “Libya Menyumbang Juadah Berbuka Puasa Untuk Gaza”

Semoga saudara di sana dpt menjalankan ibadah puasa walaupun penuh dgn dugaan dr Allah. Bersyukur dgn limpahan rahmat Allah kepd negara sendiri.

Comments are closed.