Jumaat , 13/08/2010 – Ratusan pesakit sedang menanti detik kematian akibat terputusnya sumber elektrik. Ini merupakan antara tindakan Zionis-Israel mengenakan tekanan kepada kerajaan HAMAS di Gaza. Sepintas lalu keadaan di hospital al-Syifa, Gaza.
Bahagian makmal : peralatan untuk menyimpan darah memerlukan tenaga elektrik bagi memastikan sistem hawa dingin sentiasa berfungsi bagi menjaga taraf kualiti darah. Selain itu, pelbagai peralatan lain yang terjejas apabila kehilangan tenaga elektrik secara terus. Bahagian ICU : Bahagian ini amat kritikal kerana peralatan bantuan pernafasan memerlukan tenaga elektrik yang berterusan. Selain itu, mesin hemodialisis turut tidak dapat digunakan. Dalam keadaan pesakit buah pinggang memerlukan cuci darah, tidak dapat dijalankan kerana sumber tenaga elektrik yang terhad. Dalam keadaan serba kekurangan ini, pihak kerajaan HAMAS menggunakan generator bagi menampung kekurangan yang ada.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair