Categories
Berita Semasa

Krisis bekalan elektrik Gaza yang tidak berpenghujung, sekarang apa?

Isnin , 16/08/2010 – Naib Pengerusi Agensi Tenaga di Gaza, Kanaan Obeid, memberi amaran berkenaan penutupan sepenuhnya satu-satunya pusat jana kuasa Gaza sekali lagi sekiranya kuantiti minyak yang diperlukan tidak dipam ke satu-satunya generator yang masih berfungsi.

Obaid berkata satu-satunya janakuasa Gaza akan terhenti pada pagi Jumaat ini jika kuantiti diesel yang diperlukan tidak dimasukkan atau dipamkan ke Gaza pada hari ini atau esok, menekankan pada masa yang sama bahawa kuantiti yang dipamkan masih menurun dan penurunan tersebut tidak berubah.

Dia menerangkan bahawa tempat tersebut memerlukan 400 bekas diesel industri untuk menggerakkan hanya 1 generator, tetapi yang dimasukkan cuma kurang dari 80 bekas sehingga saat ini, menekankan bahawa krisis bekalan elektrik masih di takuk yang lama dengan penurunan minyak yang berterusan bagi menggerakkan satu-satunya generator yang berfungsi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  fatimah