Selasa, 17/08/2010 – Tiga delegasi perubatan dari United Kingdom, Kanada dan Scotland tiba di Gaza melalui Rafah Jumaat lepas . Delegasi tersebut termasuk 6 orang Inggeris dan 4 orang Kanada, yang dijadualkan untuk membuat lawatan singkat di Gaza. Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza menyambut delegasi perubatan Scotland yang diketuai oleh Dr Dennis Rotovic, Pengarah Yayasan Edinburgh yang memberi sokongan langsung kepada aktiviti penting.
Jabatan itu mengatakan pada laman web, bahawa kunjungan mereka dalam konteks membincangkan sokongan sektor kesihatan dengan melakukan latihan dan pembelajaran jarak jauh melalui persidangan video dan melalui televisyen. Lawatan ini bertujuan untuk membawa para pakar perubatan ke Gaza dan menghantar doktor Palestin di luar negeri untuk mendapatkan pengalaman dan manfaat keluarga mereka yang berada di Gaza. Sempadan Gaza dan pintu masuk menyaksikan kemasukan delegasi antarabangsa terbesar dalam dua hari, di mana hampir 141 aktivis keamanan antarabangsa memasuki Gaza.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen