Para pegawai dari pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak sepenuhnya laporan media yang mengatakan Israel merancang untuk menyerahkan kembali sehingga 90% daripada tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat sewaktu perbincangan dengan para pemimpin Palestin.
Selasa, 17/08/2010 – Laporan itu yang diterbitkan pada Khamis lalu oleh sebuah akhbar yang berpusat di London menyatakan para pegawai Israel telah membincangkan rancangan sebagai resolusi atas konflik tersebut yang merangkumi penyerahan 90% dari tanah Palestin yang diduduki untuk negara Palestin. Tindakan ini akan melibatkan 50,000 orang penduduk Israel yang ketika ini tinggal di penempatan haram Tebing Barat agar kembali semula ke Israel.
Laporan tersebut menyatakan tanah tersebut yang sepatutunya dikembalikan kepada pemiliknya yang sah tidak menyenaraikan Baitulmuqaddis Timur, yang telah dirampas satu demi satu oleh Israel dari penduduk asal Palestin sejak tahun 1967.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz
One reply on “Kerajaan haram Israel membantah laporan media bahawa mereka akan kembalikan 90% tanah Tebing Barat”
[…] http://palestinkini.info/?p=7238 // TAGS: israel This entry was posted on Tuesday, August 17th, 2010 at 12:41 pm […]