Categories
Berita Semasa

Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan bawa kemenangan kepada umat Islam di Jerusalem

Rabu, 18/08/2010 – Berpuluh-puluh ribu umat Islam di seluruh Tebing Barat datang ke Jerusalem untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa semalam. Hari Jumaat pertama pada bulan Ramadhan telah menggamit sejumlah besar umat Islam untuk mengunjungi Kota Lama Jerusalem bagi menunaikan Solat Subuh dan Solat Jumaat sehingga menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan yang menghala ke Masjid Al-Aqsa.

Pos-pos kawalan yang menghala ke Kota Suci juga sesak teruk. Di Pos Kawalan Qalandia, kereta-kereta tidak dibenarkan melalui jalanraya yang menghubungkan Ramallah ke Jerusalem sejak awal pagi sehingga lewat tengahari, manakala lebih ramai tentera rejim Zionis (IOF) ditempatkan di situ. Orang-orang awam yang memasuki tanah haram Israel dari Tebing Barat telah diperiksa sebanyak 3 kali sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

Seramai 4,000 orang IOF dikerah bertugas di sekitar Kota Lama Jerusalem, memasang penghadang-penghadang jalan, pos-pos kawalan dan menyoal-siasat penduduk Palestin yang hendak memasuki kawasan haram Israel. IOF yang membuat rondaan juga terpaksa mengejar beratus-ratus orang yang cuba memintas pos-pos kawalan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa