Categories
Berita Semasa

Laporan PBB: Tentera penjajah Israel mengenakan Sekatan memasuki Semenanjung Gaza di kedua – dua jalan darat dan laut.

Isnin, 23/08/2010 – Selama sepuluh tahun terakhir, tentera pengganas Israel secara berperingkat telah memperluaskan sekatan dari memasuki tanah pertanian di persisir Gaza (1949 ‘Green Line’) . Wilayah lain yang turut dikenakan sekatan termasuklah wilayah penangkapan ikan di sepanjang pantai Semenanjung Gaza. Menurut laporan pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Bangsa-Bangsa Bersatu, OCHA; yang dikeluarkan pada hari Khamis, tujuan sekatan itu kononnya adalah untuk melidungi Israel yang takut diserang oleh puak-puak pembela Palestin.

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui garis sempadan sekatan – sekatan, serta kesannya terhadap keselamatan, mata pencarian dan kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan. Segala maklumat serta analisa yang dikeluarkan adalah berdasarkan lebih daripada 100 wawancara dan perbincangan berkumpulan yang dilakukan bermula Mac hingga April 2010. Ia turut dilengkapi dengan analisis data kuantitatif yang didapati dari sumber-sumber lain.

Sejak akhir 2008, sebahagian atau keseluruhan rakyat Palestin telah dihalang hak mereka dari memasuki beberapa wilayah daratan serta lautan. Kawasan daratan yang dikenakan sekatan terletak sehingga 1,000-1,500 meter dari Pusat Hijau (bergantung pada kawasan tertentu) manakala wilayah perairan pula menjangkau 3 batu nautika dari pantai. Secara keseluruhan, kawasan daratan yang dikenakan sekatan dianggarkan 17 peratus daripada jumlah keseluruhan daratan di Semenanjung Gaza dan 35 peratus daripadanya adalah tanah pertanian. Di laut pula, nelayan Palestin secara keras dilarang daripada memasuki 85 peratus daripada wilayah maritim. Sekatan ini jelas mencabuli Perjanjian Oslo dimana menurut perjanjian itu mereka sebenarnya dibebaskan untuk memasuki kawasan-kawasan itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada