Khamis , 26/08/2010 – Kita semua sedia maklum bahawa kita diberi tekanan supaya mengadakan perbincangan secara langsung dengan pihak rejim Zionis. Kita juga tahu bahawa konflik ini hanya boleh diselesaikan dengan cara perundingan.
Satu perkara yang ganjil adalah cubaan terang-terangan untuk membiarkan Presiden Palestin, Abbas keseorangan menangani isu ini, seolah-olah beliau memilih untuk mengadakan perbincangan itu seorang diri tanpa berbincang dengan pihak-pihak yang relevan. Hal ini menimbulkan keraguan samada memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan cara ini atau cara lain.
Presiden Abbas telah berjumpa dengan Liga Arab untuk cuba mengumpulkan pemimpin-pimimpin Arab bagi menjalankan satu tugas yang kritikal dan merupakan tanggungjawab mereka juga. Mereka (pemimpin-pemimpin Liga Arab) dengan pantas memberi lampu hijau untuk beliau mengadakan perbincangan secara langsung dengan rejim Zionis, yang mana merupakan satu kekecewaan, kerana tidak seorang pun daripada pemimpin Liga Arab yang mampu berkata “tidak” kepada Amerika Syarikat.