PA Bebaskan 3 Aktivis Hamas Gaza

Khamis , 22/12/2005 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah membebaskan 3 ahli Kumpulan Qassam (salah sebuah kumpulan bersenjata yang bernaung di bawah Pergerakan Hamas) sepuluh hari setelah mereka ditahan.

Pembebasan tersebut dilakukan setelah perjumpaan yang diadakan di antara Sheikh Ismail Haneyya dengan Menteri Dalam Negeri PA, Nasr Yousef. Sheikh Ismail merupakan seorang tokoh pimpinan politik Hamas yang bakal bertanding di dalam pilihanraya akan datang. Ahli keluarga dan saudara-mara bagi ketiga-tiga aktivis tersebut menyatakan kesyukuran mereka terhadap pembebasan itu serta menyifatkannya sebagai satu langkah yang positif.

Ketiga-tiga tahanan yang dibebaskan itu dijemput dari Penjara Gaza dan dihantar pulang oleh beberapa tokoh Pimpinan Hamas ke rumah masing-masing.