Selasa , 31/08/2010 – Sesetengah penduduk tempatan menyalahkan parti-parti politik Palestin, sementara yang lain menyalahkan kekejaman rejim Zionis. Tidak kira apa alasannya, bekalan elektrik yang sering terputus-putus ketika gelombang bahang musim panas membakar, menjejaskan penduduk Gaza.
Komuniti yang terletak di persisiran pantai itu yang ditadbir oleh kumpulan pergerakan Islam, Hamas terputus bekalan elektrik sehingga 16 jam sehari di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, sehingga menjejaskan aktiviti perkumpulan keluarga serta merencatkan aktiviti perniagaan.
“Ini bukan kehidupan namanya,” kata Hassan Haweela, bapa kepada 8 orang anak yang duduk di koridor rumahnya. Rumah satu tingkatnya yang terletak di Kem Pelarian Jabalya, utara Genting Gaza kelihatan tidak terurus.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa