Rabu, 01/09/2010 – Usamah Hamdan, ahli jawatankuasa Biro Politik Hamas menyifatkan bahawa Presiden Fattah, Mahmoud Abbas, sebagai bertindak melampaui batas sewaktu rundingan kerana mengabaikan beberapa hak yang amat penting berkaitan isu Palestin. Katanya, “penyertaan Abbas di dalam rundingan hanyalah membuka lebih ruang bagi penjajahan”.
Hamdan menambah kenyataannya lagi sewaktu temubual bersama akhbar harian “Palestin”, terbitan hari Isnin (30 Ogos), “rundingan ini bertujuan untuk menjaga air muka Washington, di samping menjual peluang kepada penjajah (Zionis) dan dibayar dengan harga pencabulan hak Palestin”.
Hamdan menyambung, pasukan yang dipimpin Abbas cukup sedar bahawa kemandirian parti mereka di dalam politik ini bergantung sepenuhnya kepada Pentadbiran Amerika yang memberi mereka sokongan politik untuk terus memerintah Palestin, dan tegasnya lagi,”Abbas berada di dalam posisi di mana beliau tidak mampu untuk menolak atau membangkang keputusan rundingan dengan Zionis, dan ini disebabkan mereka telah menyerahkan diri bulat-bulat kepada Zionis dan Amerika,dan mereka akan terus bersekongkol dengan mereka walaupun sehingga ke tahap kerja yang paling rendah”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen
One reply on “Hamdan : Zionis dan Amerika periuk nasi Abbas”
manusia sperti mahmod abas ni perlu dibunuh dgan segera
beliu yg bersengkongkol dgan israel amerika untk mnyusahkan dan mnambahkan penderitaan rakyat palestine.
manusia perlu dbunuh dgan segera……..