Rabu, 01/09/2010 – Kapal ronda Israel yang ditempatkan di pantai Rafah, selatan Jaluran Gaza, melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah menggunakan senjata mesingan dan bom roket terhadap kapal-kapal nelayan Palestin tetapi tiada yang terkorban.
Sumber-sumber tempatan di bandar Rafah mengatakan bahawa kapal ronda Israel menembak perahu nelayan sekali sekala sementara mereka berada di laut di Rafah dari masa ke masa, memaksa beberapa nelayan untuk keluar dari laut. Nelayan Palestin menghadapi gangguan hampir setiap hari dari tentera Zionis yang tersebar dalam kapal ronda sepanjang pantai di Jaluran Gaza, yang mengakibatkan kecederaan, hasil nelayan terganggu selain kerosakan material serius untuk perahu mereka, serta siri penangkapan terhadap mereka.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen