Khamis, 02/09/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu berkata pada Isnin lalu bahawa hanya Parti Likud pimpinannya boleh membawa keamanan yang sebenarnya dan berpanjangan dengan rakyat Palestin.
Netanyahu berkata sebarang perjanjian damai pada masa depan antara Israel (rejim Zionis) dan Palestin akan berdasarkan dua perkara iaitu menerima hak-hak kaum Yahudi terhadap “tanahair mereka” dan keberkesanan aturan keselamatan di darat.
“Kita tidak akan berpuas hati dengan kertas-kertas dan janji-janji,” kata Netanyahu kepada anggota parti Likud dalam satu majlis keraian Tahun Baru Yahudi. “Kita tidak akan benarkan beratus-ratus roket dan peluru berpandu dilancarkan dari Palestin ke Israel seperti kes di mana kita berundur dari Lebanon dan Gaza. Itu bukan keamanan… Kita mahukan perjanjian yang sebenarnya untuk memastikan keselamatan Negara Israel dan penduduknya.”
sumber : Haaretz
penterjemah : salwa