Ahad, 05/09/2010 – Seorang pemuda Palestin terbunuh akibat keruntuhan terowong menghubungkan jajahan Mesir dan selatan Semenanjung Gaza di kota Rafah.
Menurut Dr. Muawiya Hassanein, Pengarah Bahagian Ambulans dan Kecemasan Gaza, jenazah pemuda tersebut, Abdul Latif Abu Toyoor (16 tahun) dihantar ke hospital Abu Yousef Al Najjar. Terowong yang digunakan untuk penyeludupan barang-barang keperluan di antara Gaza dan Mesir sememangnya telah mengorbankan banyak mangsa. Namun begitu, penyeludupan memang sukar dielakkan kerana sekatan Israel di Semenanjung Gaza.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati
One reply on “Warga Gaza Meninggal Akibat Terowong Runtuh”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7429 // TAGS: gaza, Rafah, terowong This entry was posted on Sunday, September 5th, […]