Rabu , 08/09/2010 – Munib Al-Misri, Presiden Pertubuhan Persepakatan Nasional Palestin menegaskan bahawa sidang rundingan dua hala baru-baru ini tidak mencetuskan bibit positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda “kejayaan” kerana ia melibatkan Zionis yang sememangnya sentiasa keras kepala untuk terus menjalankan proses Yahudinisasi dan membina petempatan haram, pada masa yang sama beliau juga mengkritik sikap terburu-buru Presiden Mahmoud Abbas yang memilih jalan rundingan, dan tidak memberi peluang kepada pencapaian persepakatan negara.
Misri berkata dalam satu kenyataan akhbar “Islam Times” terbitan hari Isnin (6 September), bahawa masaalah persepakatan Palestin berjalan lembab dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan meskipun terdapat parti yang mengambil serius dengan persepakatan ini.
Kenyataan ini dikeluarkan beliau sewaktu diminta memberi pendapat tentang rundingan dua hala dan kesannya terhadap persepakatan dalam negara Palestin. Beliau menambah lagi bahawa adalah “sepatutnya lebih baik” untuk presiden Abbas memberi tumpuan kepada proses persepakatan yang buat masa ini lebih penting daripada sebarang rundingan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen