Bolehkah pelarian Palestin menyertai pilihanraya ?

Rabu , 4/1/2006 – Penglibatan pelarian Palestin dalam pilihanraya parlimen pada 25hb bulan ini tidak akan melanggar prinsip Hak untuk Kembali(right of return), demikian disahkan oleh Yasser Al-Badrasawi pengurus pusat Hak untuk Kembali.

Pilihanraya adalah cara asas yang memberi setiap warga Palestin peluang untuk memilih wakil daerah dan parlimen mereka dimana objektif pilihanaraya adalah untuk memulih taraf kehidupan warga Palestin dari segi segala aspek.

Resolusi UN tidak menyatakan samada pelarian Palestin boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya dan UNRWA sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pelarian Palestin melalui pilihanraya.

Badrasawi meminta orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada UNRWA supaya mereka boleh menjalankan tugas mereka sepenuhnya dan menolak sekerasnya saranan Menteri Luas Israel Silvan Shalom agar tugas UN itu diserahkan pada PA.

Beliau mengakhiri dengan berkata bahawa konflik Palestin-Israel tidak akan berakhir selagi mana tiada penyelesaian yang adil terhadap kesemua pelarian Palestin.