Selasa , 21/09/2010 – Satu badan bebas kajian tahanan dan hak kemanusiaan melaporkan pada hari Ahad (19 September) yang lalu bahawa, “perang yang sengit dan pertempuran yang dahsyat sedang berlaku terhadap tahanan di penjara Raymond di selatan negara Palestin yang terjajah”. Kejadian ini telah melanggar hak para tahanan, merosakkan segala isi penjara, mencetuskan pergaduhan antara para tahanan dan menyiksa mereka. (Nahshun dan Matsada).
Pengerusi badan ini, Fu’ad Al-Khuffash menyatakan bahawa maklumat yang diterima menguatkan bukti serangan pihak Zionis terhadap para tahanan ini, dan suara-suara respon terhadap kejadian ini telah sampai kepada penjara Nafkha, yang terletak hampir dengan penjara Raymond.
Al-Khuffash menambah lagi bahawa “pencerobohan Zionis terhadap para tahanan bukanlah berlaku hanya pada minggu ini, tetapi telah terjadi berkali-kali sebelum ini, antaranya seperti yang berlaku terhadap tahanan di penjara Hadarim, di mana para tahanan dipindahkan ke bahagian yang lain, tembok dan dinding penjara dirosakkan, para tahanan diseksa dan beberapa pemimpin Hamas yang ditahan diasingkan ke tempat yang berbeza.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen
One reply on “Rejim Zionis menceroboh penjara Raymond dan menyiksa tahanan”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7477 // TAGS: tahanan Palestin, zionis This entry was posted on Tuesday, September […]