Rabu ,22/09/2010 – Sumber-sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa tiga warga Palestin tercedera sewaktu bekerja di sebuah terowong di Rafah di sempadan Mesir.
Adham Abu Silmiyya, penyelaras Perkhidmatan Perubatan Tentera di Gaza menyatakan bahawa pegawai perubatan dan pekerja kecemasan berjaya menemui ketiga-tiga mereka di bawah runtuhan. Dua daripada mereka dipindahkan ke Hospital Abu Yousef Al-Najjar yang mengalami kecederaan ringan sementara seorang lagi dirawat di tempat kejadian.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul