Rabu ,22/09/2010 –Seorang tentera Israel mencerobohi Kampung Bil’in berdekatan pertengahan Tebing Barat bandar Ramallah pada tengahari Isnin.
Eyad Burnat, ketua jawatankuasa menentang pembinaan tembok dan penempatan di kampung tersebut memberitahu IMEMC bahawa tentera Israel menyerbu beberapa rumah dalam usaha menangkap remaja tempatan. Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dapat dilakukan.
Semasa pencarian tersebut, Burnat menambah, pihak tentera menyembur gas beracun. Tindakan itu dibalas oleh remaja tempatan dengan balingan batu. Sekurang-kurangnya 12 orang awam terpaksa dirawat akibat semburan gas beracun.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati