Khamis ,23/09/2010 – Gerakan pejuang Hamas mengungkapkan kecamannya terhadap tindakan jahat tentera Abbas di Tebing Barat yang menangkap Ir. Abdurrahman Zaidan. Hamas menganggap penangkapan Zaidan merupakan penodaan terhadap undang-undang sekaligus menjadi orang suruhan penjajah.
Hamas menganggap penangkapan tersebut sebagai melanggar undang-undang Palestin. Beliau mendakwa Mahmud Abbas bertanggungjawab penuh atas tindakan tersebut. Abbas bertanggungjawab atas keselamatan anggota parlimen yang ditangkap selama ini oleh tenteranya. Di sisi lain, gerakan Hamas menyeru semua anggota parlimen dari pelbagai pihak dan fraksi Palestin mengecam tindakan semberono dan segera menghentikan tindakan tidak bertamadun tersebut.
sumber : COMES
penterjemah : osman