Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar tindakan Mesir menahan pegawai atasannya

Khamis ,23/09/2010 – Gerakan Islam Hamas di Gaza mengutuk tindakan Mesir menahan salah seorang pegawai atasannya dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan Kaherah yang sangat berbahaya.

“Kami menyifatkan perlakuan ini sangat merbahaya,” jurucakap Hamas Fawzi Barhum memberitahu wartawan di Gaza setelah penangkapan Mohammed Dababesh di Lapangan Terbang Kaherah pada minggu lepas. “Apabila kami menghubungi pihak berkuasa Mesir, kami berasa terkejut dengan sikap menangguh-nangguh dan berlengah yang boleh membahayakan nyawa saudara kami Dababesh. Pihak berkuasa Mesir belum memberi sebarang penjelasan terhadap perkara ini.”

Dababesh yang dipercayai merupakan ketua keselamatan dalaman Hamas disyaki atas penglibatan dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan Mesir, akhbar Al-Ahram di Mesir melaporkan pada Isnin.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati