Jumaat ,24/09/2010 –Petang Rabu (22 September) menyaksikan pergaduhan dahsyat antara pemuda Palestin yang marah dengan penjenayah Zionis di beberapa tempat dalam perkampungan Silwan dekat bandar terjajah, Al-Quds. Kejadian ini adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang pemuda Palestin, Samer Sirhan, pada pagi Rabu tersebut.
Sumber tempatan menyebut pertempuran bertumpu di sekitar kawasan kejiranan Wadi Helwa di mana terdapat pos ketenteraan Zionis. Saksi menyatakan bahawa para pemuda Palestin mula membaling batuan dan bom Molotov ke arah pos ketenteraan di Silwan, sebagai menunjukkan kemarahan mendalam mereka terhadap aksi tembakan rambang ke atas warga Palestin oleh pihak penjenayah Zionis yang mebunuh As-Syahid Samer Sirhan, ayah kepada 5 orang anak yang tinggal di kejiranan Bustan. Seorang tentera Zionis dilaporkan cedera dalam pertempuran ini.
Pihak berkuasa Zionis mengarahakan sejumlah besar tentera dan pihak berkuasanya untuk menutup pintu masuk ke kawasan tersebut dan menyembur gas pemedih mata kepada warga Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen