“Sharon menerima hukuman Tuhan!”: Pat Paterson.

Virgina Beach, Jumaat, 06/01/2006 – Pendakwah Evamgelist terkenal, Pat Paterson di dalam siri ceramahnya di Christian Broadcasting Netwok hari ini telah mengatakan apa yang menimpa Sharon adalah hukuman dari Tuhan.

Sharon, PM rejim Zionis telah dikejarkan semula ke hospital Rabu lepas kerana mengalami pendarahan otak kerana strok masih berada di dalam keadaan yang kritikal kini di hospital Haddasah, Tel Aviv.

Akhbar di Palestin penuh dengan cerita kesihatan Ariel Sharon

Menurut Paterson, hukuman itu diterima Sharon kerana tindakannya memulangkan Gaza kepada rakyat Palestin. Menurut Paterson juga, Gaza merupakan sebahagian daripada tanah bumi Israel yang juga merupakan tanah Tuhan. Sharon tidak berhak untuk memberikan tanah yang dimiliki Tuhan kepada orang Palestin dan Muslim. Tanah tersebut merupakan janji dan hadiah daripada Tuhan kepada kaum Yahudi .

Beliau juga menyamakan pembunuhan Yizthak Rabin dengan apa yang menimpa Sharon kini. Menurut beliau, Rabin dihukum sedemikian rupa kerana bersetuju untuk berdamai PA lewat Oslo pada tahun 1993. Kini Sharon pula menerima hukuman Tuhan kerana menyerahkan Gaza kepada rakyat Palestin.

sumber: AP