
Jumaat ,24/09/2010 – Seorang pengawal keselamatan di penempatan haram Yahudi pada pagi Rabu lepas telah menembak mati dua orang pekerja rakyat Palestin yang memandu melepasinya di timur Jerusalem.
Pengawal keselamatan itu ditempatkan di hadapan sebuah pondok kawalan penempatan haram Yahudi di kawasan kejiranan Al-Bustan, dalam wilayah pentadbiran Palestin berdekatan bandar lama Jerusalem. Samir Sarhan, 35, meninggal dunia serta merta setelah terkena tembakan itu manakala rakannya yang mana nama dan keadaannya masih belum diketahui sehingga tengahari Rabu lalu apabila berita ini disiarkan oleh pusat media Wadi Hilwa yang berpengkalan di Jerusalem-Palestin, meninggal dunia akibat kecederaan parah.
sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa