Categories
Berita Semasa

Tahanan penjara wanita Palestin mengadu tentang Nashon

Jumaat ,24/09/2010 – Seramai 40 orang tahanan penjara wanita warga Palestin telah memfailkan saman terhadap Unit Nashon rejim Zionis yang pakar dalam memberi layanan buruk kepada para tahanan.

Para tahanan melaporkan bahawa unit tentera Nashon yang bertugas mengiringi mereka pergi dan balik ke perbicaraan mahkamah, hospital dan penjara, telah memalukan dan memberi layanan buruk kepada para tahanan. Tentera unit tersebut juga melarang mereka pergi ke tandas mahupun meminum air ketika dalam perjalanan yang panjang.

Selain itu, tentera tersebut juga menyumbat para tahanan beramai-ramai di dalam sebuah van dan membawa mereka pergi dari penjara pada pukul 3 pagi dan mereka hanya dihantar pulang semula ke penjara pada pukul 11 malam, sedangkan jarak antara penjara dan mahkamah hanya mengambil masa selama 1 jam perjalanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa