
Isnin ,27/09/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza menyatakan pada Khamis bahawa mereka telah menahan pengintip-pengintip Israel yang telah menyelinap masuk ke kumpulan tentera.
Pendedahan itu melengkapkan kempen berbulan-bulan untuk mengingatkan warga Gaza supaya jangan bekerjasama dengan Israel. “Badan-badan berkaitan telah berjaya mendapatkan pengakuan serta nama-nama ejen yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa pemimpin,” jurucakap kementerian dalaman Ihab al-Ghussein memberitahu para wartawan.
“Kami berjaya menahan beberapa ejen yang telah menyusup masuk,” beliau menambah sewaktu kenyataan akhbar.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati