Isnin, 16/01/2006 – Beralih dari tekanan Amerika Syarikat, Negara apertid Israel memutuskan pada ahad lepas untuk membenarkan penduduk Timur Jerusalem untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya Palestin yang dijadualkan pada 25 Januari ini.
Israel telah menyatkan pendirian sebelum ini untuk tidak membenarkan beribu penduduk di Al Quds yang diduduki oleh Zionis pada tahun 1967, untuk mengambil bahagian dalam piliharaya tersebut.
Palestinian Authority (PA) menyatakan bahawa pilihanraya tidak akan diadakan sekiranya penduduk Timur Jerusalem itu dihalang dari menyertai pilihanraya ini.
Pemangku perdana menteri Israel Ehud Olmert (gambar) berkata pihak Zionis tidak akan membenarkan calon yang berhubung kait dengan pejuang Hamas untuk mengadakan kempen di Bandar tersebut. Keputusan Israel ini telah di lihat oleh media Zionis sebagai melepaskan diri dari tekanan Amerika.