
Rabu ,29/09/2010 –Tiga mujahideen Briged Al-Quds, sayap ketenteraan gerakan Jihad Islami mati syahid sebelum tengah malam hari Isnin (27 September), akibat serangan udara Zionis yang dilancarkan hampir dengan kawasan “Maqbulah” di timur Kem Buraij dekat tengah Jalur Gaza.
Adham Abu Salimah, koordinator media bagi khidmat perubatan dan laporan khas “Pusat Informasi Palestin” menyatakan jasad ketiga-tiga para syahid tersebut telah tiba di Hospital Syuhada Al-Aqsa dekat bandar Deir Al-Balah, tengah Jalur Gaza selepas diserang pengganas Zionis di timur Kem Buraij.
Beliau menambah bahawa para syahid tersebut adalah Ala’ Abu Zubeidah (25 tahun), Auni Abdul Hadi (19 tahun) yang berasal dari Kem Buraij dan Muhammad Eid yang berasal dari Kem Nusairat.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen