Categories
Berita Semasa

Hamas memuji keputusan PFLP untuk membekukan keahlian PLO

Rabu ,29/09/2010 – Hamas memuji Barisan Popular untuk Kebebasan Palestin (PFLP) kerana menangguhkan penyertaannya di dalam mesyuarat jawatankuasa perundangan. Tindakan tersebut disifatkan Hamas sebagai keputusan yang bijak.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin bahawa pendirian Barisan tersebut disebabkan oleh tindakan Abu Mazen (Mahmoud Abbas) yang telah membuat perundingan dengan musuh.

Berhoum menyeru semua kumpulan di dalam PLO untuk membuat keputusan yang sama sebagai usaha menghentikan rundingan damai yang sedang berjalan sekarang. “Abbas telah melaksanakan keputusan dan cadangan daripada organisasi yang dikuasai Fatah sebagai mengaburi polisi-polisi yang akan membawa kesan buruk kepada hak-hak warga Palestin,” Barhoum menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati