Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Membenarkan Pengusiran Keluarga Palestin di kawasan Sheikh Jarrah

Jumaat, 01/10/2010 – Akhbar Haaretz mengatakan pada hari Selasa bahawa mahkamah tinggi Israel mengeluarkan keputusan yang membolehkan institusi-institusi sayap kanan aktif dalam pembangunan penempatan haram yang akan memulakan prosedur pengusiran puluhan keluarga Palestin dari rumah mereka di persekitaran Sheikh Jarrah .

Mahkamah menolak bantahan secara bertulis yang diajukan oleh warga Palestin terhadap suatu keputusan sebelumnya tentang pemilikan mereka terhadap sebidang besar tanah di bahagian barat persekitaran ini di Baitulmuqaddis yang dijajah .

Mahkamah menyatakan bahawa wakil dari penduduk Israel dan pentadbiran hotel maupun lembaga yang lain mempunyai bukti bahawa tanah tersebut dimiliki oleh para penduduk haram Israel. Sebuah sumber yang bekerja untuk sebuah masyarakat pemukiman Israel mengatakan tiga keluarga Palestin akan meninggalkan rumah mereka di persekitaran ini dan puluhan keluarga Israel akan dibawa untuk hidup di dalamnya.

Dalam insiden berasingan, ketua kampung Deir Estia, Nadhmi Salman, mengatakan bahawa lebih daripada 10 jentolak Israel bermula pada hari Isnin untuk memperluaskan penempatan Revava dekat desa, sebelah barat kota Salfit, dalam rangka membina penempatan haram Israel yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen