
Selasa ,05/10/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) dengan menaiki kereta kebal menceroboh Gaza bahagian timur pada hari Ahad sewaktu proses pengebumian isteri menteri kesihatan Palestin Basem Naim.
Wartawan PIC mengatakan bahawa pencerobohan itu dilakukan ketika menteri dalam kerajaan, ahli parlimen dan para pemimpin negara dan Islam yang hadir di pengebumian tersebut dan ini menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak meneruskan perjalanan untuk pengebumian Abir Naim yang meninggal dunia di Kaherah akibat kanser usus 2 bulan selepas menjalani pembedahan .
Seorang pegawai menyertai dalam pengebumian berkata kepada wartawan PIC bahawa provokasi IOF merupakan kebiadapan terang-terangan terhadap kesucian orang mati dan hak-hak asasi manusia.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen