
Selasa ,05/10/2010 – Zahir Al-Bairawi, jurucakap “Lifeline for Gaza 5” menegaskan bahawa kedatangan delegasi ini menunjukkan bahawa sukarelawan antarabangsa dan organisasi-organisasi kemasyarakatan menjadi lebih peka dan simpati terhadap warga Palestin terutamanya selepas kejadian serangan rejim Zionis terhadap “freedom flotilla” yang meyatukan sukarelawan dari pelbagai negara. Delegasi ini kini sedang berusaha memujuk kerajaan Mesir agar memberi kebenaran masuk. Beliau juga meletakkan harapan agar perbincangan dengan kerajaan Mesir sejak dua hari yang lalu dapat membantu dan memudahkan kemasukan delegasi ke dalam Gaza.
Zahir Al-Bairawi yang juga peserta “Lifeline 5” ini melalui keyataan khas kepada “Pusat Informasi Palestin” menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan dan warga Syria atas layanan yang amat baik yang sekaligus “membuktikan sokongan kerajaan (Syria) terhadap Palestin”. Beliau menambah lagi bahawa delegasi tidak berada lama di Syria dan dijadualkan akan keluar dari Latakia pada 7 Oktober.
Al-Bairawi menambah bahawa delegasi ini disertai oleh sukarelawan dari lebih 25 buah negara di seluruh dunia. Beliau berkata lagi bahawa delegasi ini “akan menyambung janji para Syuhada’ lebih-lebih lagi apabila delegasi ini sendiri bertolak dari Turki, tempat persemadian para Syuhada’ Freedom Flotilla.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen