
Rabu ,06/10/2010 – Gerakan Hamas menyeru warga Palestin di Tebing Barat agar melindungi masjid-masjid daripada serangan pendatang dan memohon para ulama untuk menyediakan pelan tindakan dalam usaha melindungi masjid.
Dalam satu kenyataan kepada Pusat Maklumat Palestin, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Anbiya di Bethlehem. Beliau menyifatkan serangan itu sebagai satu jenayah berat terhadap tanah suci umat Islam. Tindakan itu juga menurut beliau adalah hasil daripada pertemuan antara gabenor Bethlehem, Abdelfattah Hamayel and ketua ketenteraan Israel, Gabi Ashkenazi.
Berhoum menambah bahawa kebiadaban para pendatang menyerang masjid sebaik selepas pertemuan tersebut adalah disebabkan oleh tentangan warga Palestin di Tebing Barat.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati