Khamis ,07/10/2010 – Video terbaru yang disebar melalui Youtube menggambarkan penyiksaan terhadap tawanan Palestin yang dilakukan beberapa tentera Zionis di dalam penjara.
Dalam video tersebut jelas menunjukkan tentera Zionis bergantian berjoget di depan tawanan Palestin yang terikat. Matanya ditutup sementara tangannya diikat pada alat muzik oriental. Mereka memaksa tawanan Palestin berdiri menghadap dinding. Sementara itu, beberapa pemerhati menyatakan bahawa video ini menggambarkan sikap rasis mereka yang tak mengendahkan aspek kemanusiaan serta hak-haknya. Penyiksaan ini dilakukan ketika tawanan Palestin diperiksa di bilik siasatan.
sumber : COMES
penterjemah : osman