Sharon masih koma, cuba berusaha untuk terus hidup

Selasa, 24/01/2006 –
Jurucakap Hospital Universiti Hadassah, Ein Karem, mengesahkan kesihatan Ariel Sharon masih serius dan tiada tanda akan pulih dalam masa terdekat.

Suratkhabar Hebrew Yedioth Ahronoth melaporkan, Sharon, 77, masih telantar tapi boleh bernafas lebih baik berbanding sebelum ini, dan doctor mungkin menanggal alat Bantu pernafasan. Bagaimanapun, pakar perubatan hanya mengesah hanya sedikit peningkatan pada Sharon. ?Masih sukar untuk memulihkan Sharon dari koma walaupun dia sudah boleh bernafas dgn baik?.

Sementara itu parti kanan Israel, Likud kini sedang mendapatkan pemimpin yg berpengaruh dalam parti. Mereka gagal untuk mendapatkan seseorang yg berada pada posisi yg atas.Kelemahan utama parti itu berlaku apabila Sharon dari parti tersebut untuk membentuk parti baru, Kadima, November tahun lepas.

Dalam perkara yg berkaitan, rejim Israel (IOF) masih lagi aggresif menentang penduduk Palestin di Bandar Tebing Barat di Jenin dan Tulkarm. Mereka mencari dan memasuki dari satu rumah ke rumah untuk menangkap aktivis Palestin. Mereka menangkap Mujahid Khashan, 15, disyaki ahli anggota Jihad Islam. Mereka menahan Mujahid di satu tempat yg dirahsiakan.

Di jalur Gaza, Bandar Beit Hanon, IOF menembak remaja Palestin, Momen Washah, 20, dan mencederakan dua yg lain apabila mereka menembak secara terbuka menggunakan mesin-gun kea rah kawasan tersebut.

Bridgade Quds, sayap penting dalam Jihad Islam, menembak dua peluru buatan sendiri Quds-3 di 1948-bandar Palestin di Majdal di utara jalur Gaza.

Bridgade tersebut menyatakan tembakan peluru tersebut adalah kepada IOF yg membunuh rakyat Palestin yg tidak bersalah. Mereka menyatakan tembakan mereka menepati sasaran.