Jumaat ,08/10/2010 – Hamas dalam satu kenyataan pada hari Rabu mengutuk keputusan mahkamah tentera kononnya sebagai “politik, menindas” di Tebing Barat.
Dikatakan bahawa keputusan itu politik semata-mata dan dimaksudkan untuk melayani kehendak penjajah Israel dan keselamatan penduduk haram Israel, yang hanya mendatangkan kerosakan di Tebing Barat. Hamas menyatakan kekecewaan pada fakta bahawa mereka dihukum yang mempertahankan tanah mereka dan tidak hormat kepada penjajah, memberi amaran bahawa keputusan tersebut akan membawa kesan negatif pada usaha perpaduan nasional.
Gerakan ini mendesak Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk melepaskan semua tahanan politik, menutup penjara dan menamatkan semua tindakan terhadap pejuang dan penyokong perjuangan di Tebing Barat. Ia meminta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia untuk menekan PA di Ramallah untuk membebaskan para tahanan politik dan melindungi keselamatan warga Palestin.
Sementara itu, kumpulan pejuang di Jalur Gaza memberi amaran dalam sebuah sidang akhbar pada hari Rabu bahawa amalan kuasa Fatah telah mencapai “tahap serius” menggambarkan puak Fatah yang dikuasai PA bertindak terhadap pejuang dan para pendukungnya sebagai “ganas”.
Kumpulan Keselamatan PA bertindak secara mutlak mengabaikan usaha perpaduan, menambah bahawa tentera Israel dan penduduk yang mengeksploitasi amalan PA ‘untuk melakukan kejahatan di siang hari terhadap warga Palestin.
Abu Obeida, juru bicara Briged Qassam sayap bersenjata Hamas, berkata sebagai wakil kepada kumpulan pejuang, memberi amaran bahawa kesabaran mereka atas amalan-amalan Fatah di Tebing Barat telah sampai pada tahap maksima. Dia menggambarkan kumpulan keselamatan PA sebagai “alat” Israel yang melengkapkan peranan dan memudahkan misinya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen
One reply on “Hamas Kutuk Keputusan Mahkamah Tentera Terhadap Para Pejuangnya”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7687 // TAGS: Hamas This entry was posted on Monday, October 11th, 2010 at 12:29 am […]