Rabu, 25/01/2006 –
Kumpulan Islam, Hamas dan beberapa parti Palestin lain menyelar tindakan ?pembantu? kewangan Amerika yg membantu Fatah dalam kempen pilihanraya.
Washington Post melaporkan US Agency for International Development (USAID) memberi sejumlah 2 juta USD kepada Palestin Authority (PA) untuk berkempen pilihanraya ini.Suratkhabar itu berkata ?pembantu? tersebut mungkin membantu sbg balasan kepada Hamas yg dianggap kumpulan pengganas kepada Israel.
Mereka rasakan, Fatah adalah penting dan perlu berada dalam PA. Fatah akan berhadapan dengan parti Islam Hamas yg akan menyertai pilihanraya buat pertama kali. ?Ini adalah jelas dalam undang2 pilihanraya, menerima duit daripada sumber luar adalah dilarang dan PA dan Fatah perlu menjelaskan situasi mereka tentang perkara ini,? kata Azmi Nibali, pengurus kempen kumpulan haluan kiri social dan kebebasan.
?Sekiranya menerima wang dari Amerika atau entiti luar dibolehkan, jadinya duit itu harus diberikan pada semua parti yg terlibat tanpa ada diskriminasi,? dia menambah. Majdalani, bekas menteri PA, mengutuk campurtangan luar dalam pilihanraya Palestin.
?Tiada penyumbang dalam kempen pilihanraya yg tidak melibatkan wang. Pasti ada wang yg terlibat.? Katanya semasa siding media di Ramallah. Dia mencadangkan semua parti politik dan calon menyenaraikan kewangan mereka berhubung dgn kempen pilihanraya.
Hamas juga menyatakan ?rasuah Amerika? kepada Fatah, sepatutnya diberikan kepada semua rakyat Palestin yg akan mengundi. ?Saya ingin bertanya rakyat Palestin. Adakah anda percaya ada calon yg berkempen menggunakan gran Amerika dan ?pembantu? Amerika? Adakah anda akan mengundi pada sesiapa yg bekerjasama dgn agenda2 Amerika?,? kata Nayef Rajoub, calon Hamas di selatan Tebing Barat.
Sementara PA dan Fatah secara rasmi menafikan penerimaan wang tersebut. Wakil Amerika di Jerusalem memberitahu aljazeera, duit yg disalurkan adalah untuk membantu ?proses demokrasi? untuk menentang penganas.
Sumber lain, James Beyer, Pengarah Misi USAID untuk Tebing Barat dan Jalur Gaza, memberitahu ?kita disini menyokong proses demokrasi, tetapi kami tidak menyokong parti yg berada dalam senarai pengganas.