
Selasa ,12/10/2010 – Ahli Biro Politik Hamas, Mohammed Nazzal berkata, kuasa veto A.S. terhadap rundingan Palestin telah digantung untuk sementara waktu sehingga situasi politik di Palestin kembali jernih.
Nazzal memberitahu akhbar mingguan Sabeel di Jordan pada Ahad, “Kemungkinan untuk kuasa veto A.S. akan dikembalikan memang ada kerana dialog tersebut adalah hasil daripada keadaan politik semasa yang menyebabkan gerakan Fatah menarik diri daripada meneruskan rundingan dengan Hamas”. Beliau berkata, Hamas mahukan perjanjian dalaman Palestin yang kukuh, yang mengambil kira punca sebenar pertelingkahan, bukannya perjanjian sementara yang boleh dilanggar lagi.
“Hamas tidak dapat memahami rundingan damai sedemikian sedangkan dalam masa yang sama, tangkapan masih dilakukan dan keputusan mahkamah tidak menyokong para pejuang Briged Qassam dan lain-lain.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati