
Rabu ,13/10/2010 – Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan mengumumkan bahawa seorang suspek utama dalam pembunuhan Pegawai Hamas, Mahmoud al-Mahbouh di Dubai pada 19 Januari telah ditahan di luar Negara, menurut Akhbar Kebangsaan UAE.
Khalfan memberitahu akhbar tersebut bahawa suspek itu memainkan peranan penting dalam pembunuhan itu, dan menambah bahawa Negara yang menahan suspek ini dua bulan yang lepas memohon agar pihak berkuasa UAE untuk tidak mengeluarkan sebarang maklumat tentang perkara ini.
Akhbar itu percaya bahawa Negara yang menahan suspek itu semestinya bukan Negara Eropah. Ketua Polis Dubai sebelum ini memberitahu bahawa dia telah menerima ancaman bunuh daripada Mossad untuk menghalangnya daripada meneruskan siasatan tentang jenayah pembunuhan pegawai HAMAS itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redzwan