
Khamis ,14/10/2010 – Sumber berita di kota Latakia Syria menyebutkan bahawa pihak berkuasa Mesir menyetujui konvoi kemanusiaan “Lifline 5” masuk ke Gaza dengan bersyarat.
Syarat tersebut berkaitan dengan sebahagian jenis ubat-ubatan yang dibenarkan masuk dan kontainer besar yang diminta oleh pimpinan konvoi di samping saringan pihak Kaherah terhadap sejumlah anggota konvoi “lifeline 5”. Sumber-sumber berita tersebut menambah bahawa beberapa hari yang lalu beberapa pihak antarabangsa mengusahakan kesepakatan antara pimpinan konvoi dan pihak autoriti Mesir untuk memudahkan konvoi kemanusiaan, di antaranya adalah mediator Turki dan Malaysia.
sumber : COMES
penterjemah : osman