
Khamis ,14/10/2010 – Pendatang Zionis di selatan kota Nablus mula memusnahkan kawasan pertanian milik warga Palestin untuk mengambil alih penempatan di Eli pada hari Selasa, demikian laporan sumber yang dipercayai.
Sumber tersebut menambah, jentolak digunakan untuk meratakan tanah milik warga Palestin di Kampung Lubban, Assawiya dan Qaryut. Laporan tersebut juga memberi amaran bahawa para pendatang mungkin akan meluaskan penempatan sehingga ke penempatan terdekat yang mana boleh mengakibatkan rampasan ratusan kawasan pertanian Palestin.
Tentera Rejim Israel (IOF) mengambil keputusan untuk mengambil alih kawasan pertanian Palestin di Kampung Yanun dan Kampung Awarta untuk membina lokasi ketenteraan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen