
Jumaat, 15/10/2010 – Jurucakap konvoi Lifeline 5, Zahir Bairawi mengatakan, kerajaan Mesir akhirnya membenarkan penghantaran barang bantuan ke Gaza melalui Mesir.
Bairawi dalam pernyataan Rabu (13/10) menegaskan, rombongan akan menuju Gaza pada Jumaat melalui pelabuhan Latakia Syria. Pertama, rombongan menuju pelabuhan Mesir, kemudian menuju Gaza melalui perlintasan Rafah. Sementara itu, kerajaan Mesir yang bertanggungjawab dalam masalah ini menjelaskan bahawa 10 peserta yang ikut dalam rombongan tersebut dilarang masuk Gaza. Demikian menurut sumber infopalestina yang ikut dalam rombongan mengatakan, para koordinator konvoi tidak akan menunggu lebih lama, Jumaat (15/10) mereka akan berangkat menuju Arish.
sumber : COMES
penterjemah : osman