Categories
Berita Semasa

Hammad: Ancaman Perang Ashkenazi Lebih Kepada Pembunuhan Beramai-ramai

Jumaat, 15/10/2010 – Menteri Dalam Negeri Palestin di Gaza, Fathi Hammad, mengatakan bahawa ancaman daripada ketua kakitangan Israel Gabi Ashkenazi untuk melancarkan perang singkat tetapi yang amat dasyhat baru terhadap warga Palestin lebih bermaksud untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Menteri, yang sedang melawat sebuah sekolah menengah di sebelah barat Gaza pada hari Rabu, mengatakan bahawa penjajah Israel sentiasa bersiap melancar perang terhadap rakyat Palestin. Beliau meminta para pelajar bergantung pada diri mereka sendiri dalam menghadapi pencerobohan dan pengepungan dan tidak menyebarkan desas-desus atau menyampaikan maklumat kepada penjajah Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen