
Sabtu ,16/10/2010 – Tahanan warga Palestin di penjara Israel sedang bersedia untuk mogok lapar dan seterusnya merancang untuk melibatkan kesemua tahanan dalam usaha untuk member tekanan kepada pentadbiran penjara supaya memperbaiki keadaan di dalam penjara terutamanya daripada aspek kesihatan, pendidikan dan lawatan keluarga.
Mogok lapar tersebut akan dilaksanakan di atas nama al-Furqan, demikian menurut seorang tahanan, Yehya Sinwar yang juga ahli jawatankuasa Hamas menerusi suratnya kepada tahanan-tahanan yang lain. Sinwar turut menyatakan, mogok lapar itu bukan bermotif politik serta tiada kaitan dengan perjanjian pertukaran tahanan, sebaliknya ia berkaitan dengan penderitaan para tahanan di penjara Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati